Pemilihan “BULATAN PENUH” sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang terdapat didalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.
“BULAN SABIT” bermaksud kesucian Islam sebagai Ad-Deen yang merupakan asas Pendidikan di Darul Quran Wa At-Tarbiah Al-Munir.
“KITAB TERBUKA” bermaksud kitab Al-Quran sebagai petunjuk, pemimpin jalan yang benar dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji, dihayati dan diamalkan oleh setiap insan serat disebarkan keserata pelusuk dunia. Ia juga melambangkan kitab Al-Quran yang menjadi pembelajaran utama dipelajari, dihafaz dan tadabbur serta diamalkan dalam kehidupan seharian.