:
PENGENALAN


PERLEMBAGAAN PENUBUHAN DARUL QURAN WA AT-TARBIAH AL-MUNIR

 

 

SEJARAH PENUBUHAN

Darul Quran Wa At-Tarbiah Al-Munir (DQAM) mulakan pembinaan dan penubuhan bermula bulan Ogos 2013 dan berakhir pada Mei 2014. DQAM memulakan operasi pembelajaran bermula pada bulan Januari 2015. Sejak dari itu, banyak perubahan dan kemajuan telah dicapai.


 

RASIONAL PENUBUHAN

 

Memberi peluang Pendidikan berasaskan Al-Quran kepada masyarakat Islam setempat khususnya dan seluruh negara amnya.

Meyakini bahawa masyarakat yang terdidik dengan Al-Quran akan mempunyai jati diri sebagai hamba Allah.

Merealisasikan tuntutan Agama Islam tentang tanggungjawab menyampai seruan Islam kepada masyarakat dan sekolah ini sebagai wadah dakwah terbaik.


 

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

Menyediakan sebuah tempat pembelajaran Al-Quran dan Fardhu Ain bersistematik yang pertama di daerah Sik.

Melahirkan generasi celik Al-Quran, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Melahirkan insan Rabbani, berilmu, beriman, berakhlak mulia dan bertaqwa.


 

MATLAMAT PENUBUHAN

 

Menzahirkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menuntut ilmu terutamanya ilmu kalam Allah dan Fardhu Ain.

Menjadi rujukan dan tumpuan masyarakat Islam setempat dalam bidang Ulum Al-Quran.

Melahirkan hubungan ukhwah Islamiah antara pihak sekolah dan masyarakat Islam seterusnya menjadikan mereka pencinta ilmu.